Tuesday, June 1, 2010

SANTAPAN NALURI

Pagi nie bgun je dr tdo, ak terus bkk tv9..Tanyalah Ustaz..ak rajin jgk ikuti rncgn ni sebelum g keje..topik yg dibicarakan arini ialah IKHLAS..ak terpanggil untuk mencoretkan sedikit pengajaran untuk tatapan rakan-rakan sekalian...ak masih ingt lg apa yg Ustaz tu sampikn pg td, "Biar buat amalan sedikit asalkan ikhlas""Tiada guna buat amalan setinggi gunung tp xikhlas"


Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :

(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.

Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu "akhlasa" yang bermaksud "membersihkan". Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:

"Tiada tuhan selain Allah"

Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.

Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:

"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".
atau
"Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"

Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:

"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan danperkara yang bertentangan dengan sunnah"

Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud 'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin au dunyawin' yangbermaksud "mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt. nafsu, sifatmalas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).

Contoh-contoh amalan yg sering dibuat tetapi tiada keikhlasan:
1) Setiap hari mengaji al-Quran hanya kerana suaranye sedap didengar
2) menderma untuk memberitahu pada sume org yg Si polan berharta
3) Berpuasa bukan kerana ibadah tetapi untuk riak

wahai rakan-rakan, mari kita renungkan setiap amalan kita sebelum ini..adakah kita ikhlas dlm sume perkara???Jgnlah smpi tiada keikhlasan dalam ibadah, kita diheret ke neraka jahanam..(Nauzubillah minzali)....Aku memohon perlindungan daripada -Nya dari ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam pencarian agamaNya.
" Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhikehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yangberusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69]"

No comments:

Post a Comment