Assalamualaikum…dah lama rsnya ak xupdate my blog nie…sibuk sketla..kerja yang bertimbun xpernah nk abis tuh…weekend lepas ni ak rs tersangat happy..walaupon penat, tp ak puas,happy,sgt2 gembira..semalam, 27 June 2010 genapla umurku 24tahun. Alhamdulilallah…ak masih diberi peluang untuk berada di atas muka bumi ini..Terima Kasih Tuhanku kerana memberiku peluang untuk meneruskan hidup ini,menepuh kehidupan yang penuh pancaroba ini..sebelum tarikh kelahiranku, ak bersama Imran ke Batu Pahat..mencari brg keperluan n persiapan raya akan dtg(ceh wah..dh siap cri bju raya)..tema warna untuk kami berdua MERAH.wah,merahnye mak ngah.rs2nyer, ak xpernah lg mnggayakan baju kurung bewarna merah..xpela, ini tahun percubaan..ak mesti cuba sesuatu yg baru..(Nagoya memg best!!sale !!)ehm…ak nekad, arini ak nk g shopping wpun dh ujung bulan nie..geram tgok bju2 yg offer kt cni..apa lg, bile dh masuk Carefour,Parkson=3helai sekali ak balun..hhhuhuhu..memg betol2 bls dendam nie…xper, sekali sekala (physo diri..hahaha)..perjalann pulang ke Kluang, SURPRISE!!!!!adiah ulang tahun kelahiran..ehmm..kali nie my cyg a.k.a Imran belikan ak purse.cantik sgt.Santa Barbara..hehehehe..terkedu ak tengok purse nie.cantik sgt2..Vouge!!!heheh..terima kasih xterhingga kerana menghargai diri ini….sempena ulangtahun kelahiran ku ini, ak berharap agar umurku dipanjangkan, dimurahkan rezeki , di permudahkan urusan dalam segala hal n di pertemukan jodoh …~~~AMIIINNN~~~
Sunday, June 27, 2010
Tuesday, June 8, 2010
~~Doa Untuk Kekasih~~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin
~~Ain & Imran~~moga kekal abadi hingga ke akhir hayat....
Cerita tentang langit & bumi

Langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab terlalu meminati laut, warna langit sama denga warna laut. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan. Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain. Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin. Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Tuesday, June 1, 2010
SANTAPAN NALURI
Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :
(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.
Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu "akhlasa" yang bermaksud "membersihkan". Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:
"Tiada tuhan selain Allah"
Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.
Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:
"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".
atau
"Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"
Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:
"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan danperkara yang bertentangan dengan sunnah"
Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud 'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin au dunyawin' yangbermaksud "mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt. nafsu, sifatmalas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).